Monday, March 2, 2009

APA..KENE TIPU DENGAN BOYFRIEND?

Pernah tak anda mengalami keadaan yang sedemikian? Aku rasa semua orang pernah mengalaminya. Lagi-lagi orang yang baik macam aku ni ( kawan akulah pernah cakap yang aku ni baik, tapi aku rasa memang pun)..huhuhu. Dulu aku penah ada seorang boyfriend. Sepanjang aku kapel hubungan kami mesti tak akan mencecah lebih dari 3 bulan. Aku pun tak sure aku yang salah atau boyfriend-boyfriend aku tu, atau pun memang aku patut pergi mandi bunga tuk tambah seri wajah.. Nak kata aku tak ada rupa, rupa aku ala-ala Julia Robert tapi dia cun sikit la. Nak kata aku manja memang la tak kot. Reti plak aku manja-manja dengan lelaki. Tapi apa yang aku tahu, aku ada polisi bila berkapel boyfriend aku tak boleh sentuh aku, tapi aku boleh sentuh dia. Even dia nak pegang tangan pun terpaksa mintak permission aku. Aku rasa ni betul caranya, bukan aku sorang aje yang mengamalkan polisi sebegini malah ramai lagi yang mempunyai polisi yang lagi kejam berbanding aku.

Nak dijadikan cerita….

Aku pernah kenal seorang kawan melalui internet. Lama kami berhubung melalui teknologi yang serba canggih ini. Walaupun tidak pernah mengenali rupa secara live, tapi ada suatu perasaan aneh berat mengatakan bahawa dia adalah lelaki yang begitu special untuk aku. Hampir 3 bulan aku berhubung dengannya melalui internet Ini. Tibalah suatu saat dimana dia telah melamar aku untuk menjadi kekasih hatinya. Pada awalnya memang agak ragu-ragu menerima cintanya, tetapi hatiku memaksa aku menerimanya.

Pada awal perhubungan kami semuanya berjalan lancar seperti biasa. Seronok juga cinta IT ni. Ungkapan cinta memang selalu lahir dari mulutnya. Aku sangat bahagia pabila dia berkata sedemikian. Alangkah bertuahnya aku kerana dapat berdampingan dengan lelaki pujaan ramai itu. Terasa seperti terawang-awangan umpama mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang. Aduh….indahnya dunia.

Taring tajam keluar…

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan kami sudah mula goyah, Dia dah mula berubah, orang yang aku saying dulu telah berubah. Aku tak tahu apa salah aku padanya sehingga dia mahu larikan diri dari aku. Rasa aku perasaan cinta aku padanya tidak pernah luntur tidak pernah goyah, aku yakin aku memang saying padanya dan mahu betul-betul serius dengannya. Kalau boleh aku mahu dia menjadi teman sejatiku sepanjang mengharungi hidup ini, susah senang aku mahu harungi bersamanya. Selalunya dia kerap menghubungi aku. Boleh dikatakan sehari lebih lima kali, tetapi sekarang nak dapat sehari sekali pun payah. Pada awalnya aku diamkan sahaja perubahannya tapi lama-kelamaan tahap kesabaran aku sudah sampai ke penghujungnya. Aku mula syak yang bukan-bukan tentang dirinya.

Orang yang bijak banyak generate idea…

Disebabkan aku seorang yang pandai dan bijak aku mula memikirkan jalan untuk mengetahui perubahannya. Banyak plan yang telah aku buat. Aku kira dia lelaki yang bijak yela diakan mahasiswa universiti tempatan yang agak gah namanya, dalam jurusan kejuruteraan siap ijazah kepujian lagi, bukan seperti aku masih merangkak-rangkak untuk habiskan diploma. Dalam bijaknya dia ni ada bodahnya juga. Aku mula beperangsangka padanya kerana dia tidak membenarkan aku menghebahkan hubunganku kepada rakan-rakannya. Aku pun mula bertanya perihal dia kepada rakannya.

Hati Remuk…

3 hari 3 malam aku demam kerana terperanjat yang amat sangat. 4 hari lepas aku ada pergi ke hospital atas dasar mencari maklumat tentang boyfriendku. Rupanya maklumat kawannya adalah benar. Dia sudah pun bekeluarga. Isterinya baru selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Pedihnya hatiku kerna di perlakukan begitu. Kecewa, hampa, remuk tak tahu bagaimana aku mahukan gambarkan perasaan aku ketika itu.

Explanation…


Selepas beberapa minggu berlalu aku berjumpa dengannya buat kali terakhir untuk minta penjelasan mengapa dia layan aku sedemikian rupa. Katanya dia berkahwin dengan isterinya atas permintaan keluarga bukan dengan kerelaan hatinya. Tapi aku pelik kalau tak rela macam mana isteri dia boleh mengandung. Lelaki memang tak senonoh kalau tak suka tinggalkan jelah, jangan tinggalkan hasil sekalipun. Tambahnya lagi, cintanya padaku bukan penipuan memang tulus dari hatinya. Go to Hellla lelaki macam kau! Kau ingat aku nak percaya. Pergi mampus la dengan cinta bodoh kau tu!!!

Kesimpulannya.

Jangan percaya dengan ayat-ayat manis lelaki sebab itu semua tipu je..




Cerita benar dari seorang rakan aku….

Monday, February 23, 2009

TERTIPU !!! STRESSS...

CELCOM... MAXIS.. DIGI.. U MOBILE..HAPPY mana satu menjadi pilihan anda?????


Alkisah nak di jadikan cerita aku dan 2 orang lagi kawan makan-makan angin di kota raya yang amat sibut. tapi apa kaitan dengan semua-semua yang ada di atas itu???.. nak tahu jom ikuti sampai ke penghujungnya..

14 FEBRUARI 2009 HARI YANG INDAH DI PAGI SABTU.






Hari ini hari yang paling bersejerah dalam hidup aku. lagi bersejarah dari hari kemerdekaan negara kita. bukan kerana hari ini hari valentines day, hari sempena memperingati kekasih, tetapi hari ini hari yang membawa peristiwa perit dalam hidup aku.. tapi best,,,haha

Awal-awal pagi lagi aku dan 2 orang lagi kawan bergegas bagun pagi kerana terlalu exited untuk pergi ke sebuah bandaraya besar. Maklumlah, orang kampung yang nak merasa turun ke bandar. selalunya nak bangun pagi masyaAllah liatnya, tapi pagi ni lain. Agaknya terlalu terlalu teruja barangkali.

14 februari 2009 11:30 a.m






hampir 3 jam merasa sakit-sakit pinggang duduk dalam bas yang kurang menyediakan service yang bagus. air corn nak macam tak nak je keluar. PANASS.. kalaulah Aku mempunyai syarikat bas sendiri memang dah lama aku beli bas baru untuk kepuasan pelanggan aku. tapi apakan daya aku hanya penumpang bas yang bertauliah je.. Sampai sahaja di bandar yang serba sesak tersebut perasaan nak termuntah pun ada. tak biasa bersesak-sesak. Sebenarnya tujuan asal kami pergi ke bandar raya besar untuk membeli barangan yang boleh membawa keuntungan.

14Februari2009 12:00 p.m






sampai sahaja di stesyen bas kami dengan lincahnya mencari LRT untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya kami berada. Sampai sahaja di stesyen LRT kami melulu mahu cari LRT yang paling awal kerana tiket balik semula ke kampus pada pukul 6:30 p.m.. Memang stesyen LRT tersebut sangat meriah, lagi meriah dari BILLION mahupun GIANT yang ada berhampiran kampus kami. Tengah aku dan rakan-rakn menonong berjalan, tiba-tiba tangan aku dihulurkan dengan sesuatu objek keras berbentuk segi empat dan permukaannya agak licin dan dibaluti plastik. Tiba-tiba sahaja hati aku berbunga riang. tak sangka valentine's day tahun ini aku menerima hadiah buat pertama kalinya seumur hidupku. Alamak nak pengsan aku kerana terlalul gembira dapat hadiah dari seorang lelaki yang agak kacak, muka ala-ala OSS pelakon dulu-dulu , tinggi ala-ala Rusdi Ramli tapi agak rendak sedikit la. nak tahu tak apa yang dia kasi???????,,,,haaaaaaaaaaaaaa... dia kasi aku dan kawan-kawan 1 simkad percuma. Tak perlulah aku beritahu simkad dari campony mana. cukup aku beritahu syarikat ini sering bertukat-tukar warna tema syarikatnya. aku pun apa lagi orang dah nak kasi barang free sapa mahu tolak.rugi tuuu..

Nak menjadikan cerita ni terlalu extrem untuk di baca, aku dengan rela hati ingin mengetahui dengan lebih detail keistemewaan pelan ini. Cuba anda bayabgkan anda sebagai seorng pelajar di tawarkan memakai prostpaid dengan hanya membayar bulan sebanyak RM5 sebulan..Fuhhhh, murah giler! Bukan setakat itu sahaja penggunanya boleh membuat panggilan dan menggunakan sistem pesanan ringkas dengan kadar RM0.16 sehari.. Untung babe kalau hidup macam ni. Belum itu lagi, braoadband pun di sediakan dalam simkad tersebut dengan harga RM0.25/jam. Memang sangat-sangat tertarik. Tapi yang agak memuskilkan aku ialah simkad yang dikasi tidak ditampalkan nombor. aku pun heran dan mintak penjelasan daripada pihak mereka, katanya nombor BARU akan dihantar melalui sms tanpa menukarkan no asal ke rangkaian lain.
aku dengan seronoknya mendaftar dengan pelan tersebut. Selepas mendaftar aku dan rakan-rakan bergerak ke tempat asal yang sepatutunya kami pergi.


18Februari 2009 malam dalam bilik kat baiduri.

Setelah beberapa hari pulang dari bandar dan meniggalkan hari valentine di ibu kota, tiba-tiba datangnya 1 sms menyatakan aku punya nombor dengan sahnya telah bertukar pada rangkaian lain. menyirapnya rasa. point aku waktu tersebut hampir 1000 mata dan terpakse di burnkan.. rupa-rupanya rangkaian aku telah di ubah pada rangkain lain tanpa meminta penyetujuan kami. INI TIDAK ADIL, HAK KAMI TELAH DI CEROBOH. bukan itu sahaja duit yag sepatutnya kami bayar telah bertukar menjadi rm50/sesi.

Kami buat aduan pada pihak customer service dan maklumat yang tidak pasti pula diberikan. setiap kali telefon pihak tersebut setiap kali itu juga janji-janji kosong yang dijanji. kesimpulannya kami sangat tidak berpuas hati dengan service yang ditawarkan oleh rangkaian tersebut. mengapa mesti ada unsur penipuan dalam berniaga. kes kami sudah sama seperti valentine yang mana telah berjaya menewaskan tentera islam. seperti kami juga telah ditipu bulat-bulat oleh rangkaian tersebut. the moral of the story, jangan sambut valentine sebab meraikan kegagalan umat Islam .. dan seharusnya setia dengan rangkaian anda sekarang. jangan sokong biri tapi sokong merah...the end

SAHABAT,,,

Ada berbagai jenis sahabat atau rakan yang ada didalam dunia ini. Sahabat handai, sahabat sebantal, bermacam-macam lagi jenis sahabat yang ada. Berkawan dengan sahabat yang sejantina kurang menyeronokkan berbanding berkawan dengan kawan yang berlainan jantina. Tetapi bukan itu yang menjadi persoalannya di sini.

Saya mempunyai seorang sahat baik. Tetapi sahabat saya itu lelaki. Saya sudah lapan tahun mengenalinya, dia teman saya sewaktu susah dan senang. Saya tidak saya berkawan dengan seorang lelaki yang mana mempunyai naluri fitrah minta di cintai dan disayangi

. kami memang kerap berhubung. Almaklumlah sahabat baik katakan. Saya sudah mengenali ahli keluarganya dan sebaliknya. Niat saya memang mahu berkawan dengannya hingga akhir nyawa saya. Tetapi bersahabatan kami bukanlah yang seperti saya harapkan. Rupa-rupanya dia menyimpan perasaan terhadap saya. Aduhhhh…..!!! Masalah besar sudah mula melanda. Sejak pada pertama kalinya dia meluahkan perasaan cinta itu, saya jadi tak selese untuk berhubung dan berekawan baik dengannya lagi.

Bermacam- macam cara saya mengelakkan sehingga sanggup menyepikan diri daripadanya hamper setahun. CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA. Hanya itu sahaja yang mampu terluah. Sebenar-benarnya saya memang tidak dapat menerima cintanya kerana dia adalah kawan yang terbaik bagi saya untuk selama-selamanya.

Untuknya,, maafkan kerana tak mampu mambalas cintamu….