Monday, February 23, 2009

SAHABAT,,,

Ada berbagai jenis sahabat atau rakan yang ada didalam dunia ini. Sahabat handai, sahabat sebantal, bermacam-macam lagi jenis sahabat yang ada. Berkawan dengan sahabat yang sejantina kurang menyeronokkan berbanding berkawan dengan kawan yang berlainan jantina. Tetapi bukan itu yang menjadi persoalannya di sini.

Saya mempunyai seorang sahat baik. Tetapi sahabat saya itu lelaki. Saya sudah lapan tahun mengenalinya, dia teman saya sewaktu susah dan senang. Saya tidak saya berkawan dengan seorang lelaki yang mana mempunyai naluri fitrah minta di cintai dan disayangi

. kami memang kerap berhubung. Almaklumlah sahabat baik katakan. Saya sudah mengenali ahli keluarganya dan sebaliknya. Niat saya memang mahu berkawan dengannya hingga akhir nyawa saya. Tetapi bersahabatan kami bukanlah yang seperti saya harapkan. Rupa-rupanya dia menyimpan perasaan terhadap saya. Aduhhhh…..!!! Masalah besar sudah mula melanda. Sejak pada pertama kalinya dia meluahkan perasaan cinta itu, saya jadi tak selese untuk berhubung dan berekawan baik dengannya lagi.

Bermacam- macam cara saya mengelakkan sehingga sanggup menyepikan diri daripadanya hamper setahun. CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA. Hanya itu sahaja yang mampu terluah. Sebenar-benarnya saya memang tidak dapat menerima cintanya kerana dia adalah kawan yang terbaik bagi saya untuk selama-selamanya.

Untuknya,, maafkan kerana tak mampu mambalas cintamu….

No comments:

Post a Comment