Monday, March 2, 2009

APA..KENE TIPU DENGAN BOYFRIEND?

Pernah tak anda mengalami keadaan yang sedemikian? Aku rasa semua orang pernah mengalaminya. Lagi-lagi orang yang baik macam aku ni ( kawan akulah pernah cakap yang aku ni baik, tapi aku rasa memang pun)..huhuhu. Dulu aku penah ada seorang boyfriend. Sepanjang aku kapel hubungan kami mesti tak akan mencecah lebih dari 3 bulan. Aku pun tak sure aku yang salah atau boyfriend-boyfriend aku tu, atau pun memang aku patut pergi mandi bunga tuk tambah seri wajah.. Nak kata aku tak ada rupa, rupa aku ala-ala Julia Robert tapi dia cun sikit la. Nak kata aku manja memang la tak kot. Reti plak aku manja-manja dengan lelaki. Tapi apa yang aku tahu, aku ada polisi bila berkapel boyfriend aku tak boleh sentuh aku, tapi aku boleh sentuh dia. Even dia nak pegang tangan pun terpaksa mintak permission aku. Aku rasa ni betul caranya, bukan aku sorang aje yang mengamalkan polisi sebegini malah ramai lagi yang mempunyai polisi yang lagi kejam berbanding aku.

Nak dijadikan cerita….

Aku pernah kenal seorang kawan melalui internet. Lama kami berhubung melalui teknologi yang serba canggih ini. Walaupun tidak pernah mengenali rupa secara live, tapi ada suatu perasaan aneh berat mengatakan bahawa dia adalah lelaki yang begitu special untuk aku. Hampir 3 bulan aku berhubung dengannya melalui internet Ini. Tibalah suatu saat dimana dia telah melamar aku untuk menjadi kekasih hatinya. Pada awalnya memang agak ragu-ragu menerima cintanya, tetapi hatiku memaksa aku menerimanya.

Pada awal perhubungan kami semuanya berjalan lancar seperti biasa. Seronok juga cinta IT ni. Ungkapan cinta memang selalu lahir dari mulutnya. Aku sangat bahagia pabila dia berkata sedemikian. Alangkah bertuahnya aku kerana dapat berdampingan dengan lelaki pujaan ramai itu. Terasa seperti terawang-awangan umpama mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang. Aduh….indahnya dunia.

Taring tajam keluar…

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan kami sudah mula goyah, Dia dah mula berubah, orang yang aku saying dulu telah berubah. Aku tak tahu apa salah aku padanya sehingga dia mahu larikan diri dari aku. Rasa aku perasaan cinta aku padanya tidak pernah luntur tidak pernah goyah, aku yakin aku memang saying padanya dan mahu betul-betul serius dengannya. Kalau boleh aku mahu dia menjadi teman sejatiku sepanjang mengharungi hidup ini, susah senang aku mahu harungi bersamanya. Selalunya dia kerap menghubungi aku. Boleh dikatakan sehari lebih lima kali, tetapi sekarang nak dapat sehari sekali pun payah. Pada awalnya aku diamkan sahaja perubahannya tapi lama-kelamaan tahap kesabaran aku sudah sampai ke penghujungnya. Aku mula syak yang bukan-bukan tentang dirinya.

Orang yang bijak banyak generate idea…

Disebabkan aku seorang yang pandai dan bijak aku mula memikirkan jalan untuk mengetahui perubahannya. Banyak plan yang telah aku buat. Aku kira dia lelaki yang bijak yela diakan mahasiswa universiti tempatan yang agak gah namanya, dalam jurusan kejuruteraan siap ijazah kepujian lagi, bukan seperti aku masih merangkak-rangkak untuk habiskan diploma. Dalam bijaknya dia ni ada bodahnya juga. Aku mula beperangsangka padanya kerana dia tidak membenarkan aku menghebahkan hubunganku kepada rakan-rakannya. Aku pun mula bertanya perihal dia kepada rakannya.

Hati Remuk…

3 hari 3 malam aku demam kerana terperanjat yang amat sangat. 4 hari lepas aku ada pergi ke hospital atas dasar mencari maklumat tentang boyfriendku. Rupanya maklumat kawannya adalah benar. Dia sudah pun bekeluarga. Isterinya baru selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Pedihnya hatiku kerna di perlakukan begitu. Kecewa, hampa, remuk tak tahu bagaimana aku mahukan gambarkan perasaan aku ketika itu.

Explanation…


Selepas beberapa minggu berlalu aku berjumpa dengannya buat kali terakhir untuk minta penjelasan mengapa dia layan aku sedemikian rupa. Katanya dia berkahwin dengan isterinya atas permintaan keluarga bukan dengan kerelaan hatinya. Tapi aku pelik kalau tak rela macam mana isteri dia boleh mengandung. Lelaki memang tak senonoh kalau tak suka tinggalkan jelah, jangan tinggalkan hasil sekalipun. Tambahnya lagi, cintanya padaku bukan penipuan memang tulus dari hatinya. Go to Hellla lelaki macam kau! Kau ingat aku nak percaya. Pergi mampus la dengan cinta bodoh kau tu!!!

Kesimpulannya.

Jangan percaya dengan ayat-ayat manis lelaki sebab itu semua tipu je..




Cerita benar dari seorang rakan aku….

No comments:

Post a Comment